Tuesday, November 29, 2011

Tip & Panduan Kejayaan

HRM mewujudkan peluang perniagaan yang begitu unik dan mempunyai khazanah yang terlalu berharga, hanya terbuka kepada mereka yang betul-betul inginkannya. Keinginan untuk berjaya adalah impian kebanyakan manusia. Tanpa melibatkan risiko yang tinggi, anda sebagai rakaniaga mampu menikmati imbuhan yang kami sediakan dengan syarat mempunyai kesungguhan dan melaksanakannya.

Bagi memudahkan rakaniaga mensasari kejayaan, berikut diberikan garis panduan untuk membantu ke arah mencapai matlamat anda!
A. MENYEDIAKAN DIRI SEBAGAI RAKAN NIAGA YANG DINAMIK
Bagaimana caranya ?
Mempunyai keyakinan pada diri sendiri
1. Ini merupakan prinsip utama kejayaan seseorang
2. Perlu yakin dan berani, "Anda boleh sebab anda berani"
Memiliki sifat penyabar
1. Mahukan sesuatu yang banyak dalam masa yang secepat mungkin tanpa bersusah payah bukanlah konsep MLM yang sebenarnya.
2. Anda perlulah bersabar dalam proses membina perniagaan MLM dan tabah menghadapi segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan.
Memperuntukkan masa
1. Gunakanlah masa yang terluang setiap hari untuk aktiviti perniagaan kerana MLM tidak memerlukan masa yang banyak tetapi masa yang panjang. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.
2. Janganlah membazir masa begitu sahaja hanya untuk mengeluh sentiasa tidak kecukupan wang.
Mempunyai kemahuan
1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
2. Ini akan membuahkan komitmen anda untuk mencapai kejayaan.
Berkerja dengan bijak
1. Perlu mempunyai stategi dan perancangan dan seterusnya melaksanakannya.
2. Tentukan matlamat, rancangan bagaimana untuk mencapai matlamat dan tempoh masa untuk sampai ke matlamat. Kemudian lakukan!
Membina imej professional
1. Imej yang sopan, kemas dan berpengetahuan akan lebih diyakini oleh prospek atau pengguna
Bersedia untuk menyukai orang
1. Orang ramai merupakan aset yang paling berharga di dalam perniagaan kerana merekalah bakal pelanggan dan tajaan anda.
2. Manusia suka dihormati, dipercayai, didengari, dipuji, diberi perhatian, dipentingkan dan tidak diarah atau dipaksa.
Menjadi peramah dan cepat mesra
1. Pengiklanan yang paling murah dan cara untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan rajin membuka mulut
2. Tidak ada malu-malu di dalam MLM untuk bercakap samada di hadapan prospek ataupun di khalayak ramai.
Bersedia untuk belajar dan mengajar
1. Di dalam kerjaya apa sekalipun, anda perlu mempunyai ilmu. Bidang MLM memerlukan sekurang- kurang pengetahuan tentang produk dan kemahiran di dalam penerangan pelan pemasaran.
2. Rakaniaga yang ilmuwan akan lebih dikagumi dan dipercayai oleh bakal pelanggan dan prospek tajaan anda.
3. Hadirilah sebarang kursus yang dianjurkan oleh syarikat kerana ini begitu penting untuk anda menimba ilmu bagi membina keyakinan (convincing power) apabila berhadapan dengan bakal pelanggan atau tajaan anda.
Menyediakan bahan asas
Manusia mempunyai 3 deria asas untuk mudah di yakinkan:
1. Telinga- Berkongsi ilmu tentang produk, kegunaannya, keberkesanannya dengan memberi contoh testimonial yang ada.
2. Mata- Sediakan dokumen seperti brosur, katalog, majalah, gambar testimonial yang boleh ditunjukkan
3. Rasa- Sediakan sampel produk yang boleh di rasa oleh bakal prospek atau pengguna.
Sentiasa bawa bersama bahan asas tersebut ke mana-mana anda berada dan seboleh-bolehnya adakan juga starterkit, dokumen photostat (spt. artikel akhbar, testimonial dll), borang ahli dan produk yang berlebihan yang terus boleh diberi kepada pelanggan atau tajaan anda supaya mereka tidak tertunggu-tunggu atau merubah fikiran
B. PANDUAN KEJAYAAN
Untuk memajukan diri dalam perniagaan MLM, setiap individu itu harus mempunyai pengetahuan didalam elemen-elemen penting berikut:
Menjual
Menjual merupakan elemen utama dalam sebarang bentuk perniagaan. Perniagaaan yang berteraskan penjualan akan bertahan lama dari yang mementingkan penajaan. Pada peringkat awal, anda perlulah menguntukkan sekurang-kurangnya 80% dari masa anda untuk jualan dan selebihnya untuk menaja dan membina kumpulan. Dari prospek jualan seterusnya akan mewujudkan peluang anda untuk menaja dan mengembangkan perniagaan anda. Untuk memulakan jualan, terdapat beberapa persediaan yang perlu anda amati :
Persediaan
1.
Mempunyai sikap sabar dan jujur
2.
Menjadikan konsep menjual diri sendiri (diri sebagai contoh) sebelum menjual produk.
3.
Jangan berprasangka sesuatu terhadap prospek sebelum mencuba
4.
Bersemangat kesederhanaan dan tabah dari wajah dan gerak geri.
5.
Menyediakan alat-alat penting bersama anda (pen, borang, kertas, produk sampel, brosur dan flyer tentang perniagaan anda, produk, artikel dll)
Memulakan Jualan
1.
Mulakan menjual kepada kenalan rapat, kawan, keluarga dan saudara mara
2.
Lakukan secara informal dengan intonasi suara yang relax, tidak menekan, jangan terlalu laju atau pun perlahan dan sentiasa memberikan senyuman.
3.
Jangan mendesak tapi menggalakkan.
4.
Mencari timing yang sesuai
5.
Timbulkan minat kepada prospek kerana anda menjual sesuatu untuk seseorang dan bukannya kepada seseorang. Fikirkan bagaimana untuk memenuhi kehendak dan keperluannya.
Teknik
1.
Dapatkan perhatian prospek untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang produk anda.
2.
Buatkan pembeli merasakan mereka penting dengan mendengarkan keperluan mereka.
3.
Jangan potong cakap. Tunjukkan minat, pandang ke mata mereka (fokus) supaya mereka merasakan diberi perhatian dan posisi badan ditundukkan ke hadapan ke arah pembeli supaya wujud rasa mesra dan tidak asing.
4.
Menanamkan minat pembeli. Memberi sebab, sebab dan sebab (produk berkualiti, harga kompetitif,boleh menghubungi anda bila perlu, bersedia memberi servis, bersedia membantu dan menyokong selepas jualan).
5.
Menerangkan faedah, faedah dan faedah. Tukarkan kelebihan produk kepada faedah.
~ Contoh Susu HiGoat dapat mengurangkan risiko kanser, salurdarah tersumbat dan melewatkan penuaan ~
6.
Memberikan keyakinan pada pembeli spt memberikan jaminan produk boleh dikembalikan jika tidak berpuas hati.
7.
Membayangkan kerugian jika tidak membeli.
8.
Menambahkan keinginan untuk membeli sekarang di samping memberi peluang pembeli untuk menyoal perkara yang tidak faham.
9.
Menutup jualan.
Mengatasi penolakkan
1.
Selalu timbul di atas sebab penerangan dan kefahaman yang diberikan tidak jelas
2.
Berikan semula faedah di samping membuatkan pembeli merasa penting dan di hormati.
3.
Jangan sesekali mendesak.
Konsep cuba dulu, baru tahu.
Menaja
Proses penajaan adalah perlu untuk mengembangkan perniagaan dan network anda. Penajaan yang ditekankan di sini ialah penajaan berkualiti dan bukannya kuantiti. Anda perlulah memastikan bakal tajaan anda itu menjadi ahli di atas minatnya sendiri (bukan paksaan) kerana tertarik dengan penerangan anda yang jelas. Dan seterusnya membimbing mereka supaya dapat meniru anda.
Prospek tajaan
Orang yang suka bekerja keras dan tidak kenal erti kegagalan.
Orang yang mempunyai matlamat hidup
Berminat untuk belajar dan memajukan diri.
Suka bertanding dan memastikan kemenangan.
Suka bergaul dan sosial.
Boleh mengajar dan memiliki sifat kepimpinan.
Yang mempunyai rekod baik dalam bidang yang lain
Menaja
Pembuka kata dan cuba dapatkan ya (persetujuan)
Penerangan tentang produk dan memberi sampel jika perlu
Penerangan tentang peluang perniagaan (bagaimana utk mendapatkan wang dan imbuhan)
Penerangan tentang syarikat (kekukuhan dan keunikkan syarikat)
Penerangan tentang MLM dan faedahnya
Memberi keyakinan (latihan disediakan oleh syarikat, bergerak dalam satu pasukan dll)
Menceritakan tentang orang yang berjaya dalam MLM
Menutup dengan menyimpulkan dengan ayat membina
Mengendalikan penolakan
Memberi Servis

Sama ada anda menjual ataupun menaja, perkara yang perlu disusuli ialah membuat follow up. Ini akan memberi satu kepuasan kepada pembeli atau rakan tajaan anda supaya terus membeli atau mengembangkan tajaan di bawah rangkaian anda. Di ketika ini juga anda perlu membuat pembahagian prospek yang ada samada akan terus menjadi pembeli atau bakal menjadi tajaan. Follow up perlulah di buat dalam masa 3 hingga 7 hari.
Selepas jualan
Menghantar produk ke rumah dan mengucapkan terimakasih (ataupun nota terimakasih dan cara menghubungi anda). Memastikan teknik menggunakan produk yang betul. Membuka ruang untuk menyelesaikan masalah dan pertanyaan. Memperkenalkan produk baru di samping repeat sale yang ada. Menaja jika berpotensi atau jika perlukan harga yang murah.
Menawarkan diri untuk membuat demo di premisnya.
Selepas penajaan
Menyelesaikan masalah atau perkara yang tidak difahami. Menerangkan cara untuk berjaya dalam MLM. Kenalkan stokis berhampiran dan cara untuk berurusan (seperti mendapatkan borang, mengisi borang ahli, mendapatkan starter kit dll) seterusnya memberi bimbingan untuk membuat demo
Membina Kumpulan
Kejayaan dalam MLM adalah sebenarnya kejayaan dalam membina kumpulan. Setelah beberapa lama anda aktif menjual, konsentrasi anda seterusnya perlu di alih kepada melatih dan membina kumpulan yang mungkin mengambil 80% dari masa anda. Membina kumpulan juga samalah dengan membina manusia yang menyerupai anda yang seterusnya akan melakukan sepertimana anda lakukan. Proses duplikasi inilah yang akan menentukan kejayaan sesuatu pemimpin.
Memberi contoh yang baik kepada kumpulan anda (role model)
Mengenalpasti bakat pemimpin tajaan anda
Melatih pemimpin dan kumpulannya mengenai selok belok perniagaan.
Mengenali sehingga ke 4 generasi anda.
Membina tali persaudaraan yang rapat.
Sentiasa memberikan perangsang dan kata-kata pujian
Mewujudkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap produk dan syarikat.
Jangan terlalu menjadi hero, latih mereka supaya berdikari untuk mengendalikan perniagaan ataupun kumpulan sendiri.
Dalam melaksanakan ini, jangan sesekali mengarah tapi pimpinlah kumpulan

1 Tips Untuk Berjaya Dalam Masa 6 Bulan

Lakukan bisnes anda dengan penuh minat
Semua orang mahu berjaya. Tidak kira apa jua yang anda lakukan hari ini, saya pasti anda mempunyai impian untuk berjaya dalam apa jua yang anda lakukan.
Dalam perniagaan MLM, perkataan ‘berjaya’ boleh dilihat menerusi kebebasan masa dan kewangan yang berjaya dikecapi. Atau mungkin juga anda ingin membantu seberapa ramai orang untuk terus sihat menerusi produk MLM anda (Jika produk tersebut adalah produk kesihatan).
Saya bukanlah seorang yang berjaya dalam perniagaan ini kerana impian yang saya idamkan masih belum lagi tercapai. Tetapi suka untuk saya berkongsi tips yang saya belajar setelah melihat kebanyakkan usahawan MLM yang telah berjaya dalam syarikat yang mereka ceburi.

PassionAnda ‘Mesti’ Minat Bisnes MLM

Pernah satu hari saya terserempak dengan seorang rakan yang dahulunya buat bisnes MLM. Di saat awal penyertaan beliau, saya dapat lihat kesungguhan dan minat beliau untuk terus belajar mengenai bisnes ini. Sehinggakan dia sanggup berlapar dan melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk hadirkan diri ke seminar jualan dan sebagainya.
Dan baru-baru ini, saya terlihat wajah beliau dipaparkan dalam majalah bisnes MLM yang akan diberikan kepada pengedar setiap bulan. Tidak saya sangka bahawa beliau sudah berjaya mencapai satu tahap yang membanggakan. Jumlah pendapatan? Dalam lingkungan 4-5 angka setiap bulan secara pasif. Umur beliau? Sebaya saya.
Apa yang lebih menarik ialah… Tahukah anda bahawa kejayaan yang beliau kecapi adalah begitu singkat iaitu dalam jangka masa 6 bulan sahaja.
Bagi orang lain, ia amat mustahil untuk dikecapi. Tetapi bagi rakan saya ini, semuanya tidak akan berlaku jika kita tidak mempunyai ‘passion’ untuk menjalankan bisnes MLM.

Minat Tidak Didorong Oleh Duit Semata-mata

Kebanyakkan orang beranggapan bahawa minat sentiasa berkaitan dengan duit atau material seperti kereta dan rumah mewah semata-mata. Tanggapan tersebut tidak tepat.
Cuba kita lihat kisah kejayaan bilionair iaitu Bill Gates. Dalam satu temuramah yang telah dilakukan, Bill Gates ada memberitahu bahawa jika dia tidak menjadi bilionair mahupun jutawan sekalipun, dia tetap akan teruskan usaha untuk mencipta perisian seperti Microsoft.
Semuanya berlaku atas sebab?
Minat beliau yang amat mendalam dalam pengaturcaraan komputer dan perisian.

Berjaya Dalam Masa 6 Bulan – Buat Dengan Penuh Minat!

Jika anda tercari-cari rahsia untuk berjaya dalam bisnes MLM, maka inilah salah satu rahsianya. Lakukanlah bisnes MLM yang anda ceburi hari ini dengan penuh minat. Berkemungkinan besar anda akan berjaya mencapai matlamat yang anda inginkan dalam jangka masa yang singkat.
Ia juga dapat membantu anda untuk terus bermotivasi dan tidak mudah mengalah. Lakukanlah bisnes anda dengan ‘passion’!

Gagal Sekali Tidak Bermakna Kita Harus Putus Asa

Everyone have their own failure, but the biggest difference is how they react on that matters
Tidak semua manusia dilahirkan sempurna, begitu juga diri saya dan anda. Dalam buku Anthony Robbins iaitu Awaken The Giant Within, beliau seringkali menyifatkan bahawa kegagalan manusia dalam mencapai sesuatu adalah perkara biasa.
Dalam kes Tony Robbins, sebelum beliau berjaya mencapai status motivator nombor satu dunia, beliau telah menempuhi pelbagai kegagalan dan ada satu masa yang hampir membuatkan beliau putus asa untuk terus menceburi bidang tersebut.
Perbezaan yang ketara ketika kita semua menempuhi kegagalan ialah bagaimana kita bertindak daripada kegagalan tersebut.
Sebagai contoh, anda seorang usahawan MLM dan seringkali gagal untuk menaja seseorang. Dalam masa 6 bulan, anda langsung tidak dapat menaja seorang pun dan apa yang lebih menyedihkan ialah keadaan kewangan anda berada dalam keadaan kritikal.
Dalam situasi ini, anda mungkin hanya ada beberapa pilihan seperti:
  • Mengaku kalah dan kembali hidup seperti biasa (Jika anda kerja waktu pejabat, maka itulah anda akan lakukan selepas mengaku kalah)
  • Mencari peluang perniagaan yang lain.
  • Terus bertahan dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan diri bagi meneruskan perjuangan.

Mana-mana Pilihan Anda Adalah Betul

Jim Rohn, salah seorang pakar motivasi dan juga mentor kepada Tony Robbins pernah berkata:
“Mana-mana pilihan yang anda lakukan adalah betul. Tidak ada salah sama sekali kerana ia adalah pilihan anda sendiri.”
Ini jelas menunjukkan bahawa jika kita memilih untuk mengaku kalah dalam memperjuangkan bisnes MLM, maka kita tidak harus menyesal di kemudian hari kerana segala keputusan, baik atau buruk semuanya terletak dalam tangan kita. Kita memilih untuk mengaku kalah.

Sentiasa Muhasabah Diri – Baiki Kelemahan

Tahukah anda hampir 90% manusia seringkali mengulangi kesilapan yang sama? Hanya segelintir sahaja yang betul-betul memahami ayat ‘belajar dari kesilapan’.
Usahawan-usahawan MLM yang telah berjaya juga bersependapat bahawa proses untuk mencapai kejayaan ialah sentiasa muhasabah diri setiap kali sebelum masuk tidur.
Dengan menilai kekurangan yang ada pada diri, kita sebenarnya sedang merangka strategi untuk memperbaikinya pada esok hari menerusi minda separa sedar (subconcious mind).
Apa yang perlu anda lakukan ialah… Muhasabah diri dan senaraikan kelemahan yang telah anda lakukan dalam bisnes MLM pada hari tersebut. Selepas itu, carilah jalan penyelesaian untuk memperbaiki diri anda menjadi lebih baik pada esok hari.

Bagaimana Untuk Elak Perkataan ‘Tidak’ Ketika Menaja

Prospek berkualiti memang sukar dicari.
Jika anda perasaan, perkataan ‘tidak’ adalah satu perkataan yang tidak mahu didengar oleh usahawan MLM. Lebih-lebih lagi ketika mereka sedang berusaha untuk menaja seseorang. Tahukah anda bahawa ayat ‘tidak’ ini biasanya mendorong kepada situasi yang negatif?
Sebagai contoh…
“Aku TIDAK berminat dengan peluang perniagaan”
“Aku TIDAK berminat dengan produk”
“Aku TIDAK mempunyai masa untuk buat bisnes ini”
Dan banyak lagi.
Bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan perkataan tidak ini. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda praktikkan bagi menangkis ayat ‘tidak’.

Tindakan #1Memahami Dengan Siapa Anda Bercakap

Teknik berkomunikasi adalah penting dalam perniagaan MLM. Tindakan pertama yang perlu anda lakukan ialah memahami siapa yang anda mahu taja. Siapakah mereka?
Dengan memahami prospek anda lebih mendalam, ia akan memudahkan anda untuk mengetahui ‘killer point’ supaya mereka berasa sukar untuk berkata tidak dalam apa jua yang anda sampaikan.
Sebagai contoh, Abu (bukan nama sebenar) mengalami masalah kewangan dimana beliau dibebani hutang akibat meminjam wang daripada Ah Long untuk membayar duit sewa rumah, kereta dan sebagainya.
Maka anda boleh jadikan poin ini sebagai ‘killer point’ untuk mewujudkan emosi dalam diri Abu supaya beliau memikirkan sedalam yang mungkin untuk menerima sebarang tawaran daripada anda seperti bersetuju menjadi downline atau membeli produk yang akan menyelesaikan masalah mereka.

Tindakan #2Untuk Memahami, Kita Harus Mendengar

Tindakan pertama yang kita bincang sebentar tadi adalah tentang memahami prospek anda. Persoalannya sekarang ialah… Bagaimana untuk kita memahami prospek jika kita baru sahaja berkenalan dengan mereka?
Dalam kes Abu tadi, ia hanya akan berlaku jika prospek tersebut rakan baik anda. Dimana anda mampu untuk mengenali diri mereka dengan lebih rapat.
Jika anda baru sahaja berkenalan dengan prospek, maka ia memerlukan sedikit masa untuk memahami diri mereka dengan lebih mendalam menggunakan satu teknik yang berkuasa iaitu… Mendengar. (Listening)
Proses mendengar juga harus disertakan dengan soalan yang baik supaya jawapan yang anda terima sesuai untuk dijadikan sebagai ‘killer point’.

Tindakan #3Jangan Tabur Janji Manis!

Memandangkan situasi perniagaan MLM semakin teruk dimana ramai orang berprasangka buruk tentang bisnes ini, maka anda seharusnya jaga mulut sebaik yang mungkin. Rata-rata usahawan MLM yang baru seringkali melakukan kesilapan dengan memberikan janji-janji manis seperti kemewahan dan material kepada prospek.
Ada sesetengah mereka berpendapat bahawa teknik ini berkesan. Tetapi pandangan saya berbeza. Kita tidak seharusnya menjanjikan sesuatu yang kita tidak boleh tunaikan. Ia hanya akan mendorong kepada kekecewaan kepada prospek dan apa yang paling menyedihkan ialah hilangnya kepercayaan mereka terhadap diri kita.
Untuk meyakinkan prospek dengan lebih baik (tanpa taburkan janji manis), kita boleh tawarkan mereka kerjasama yang berterusan seperti mengadakan perjumpaan setiap minggu bagi membincangkan strategi perniagaan dan juga bantuan dari segi pemasaran dan jualan.

Jika Mereka Masih Kata Tidak?

Tidak dinafikan bahawa segala usaha yang telah kita lakukan akan berakhir dengan kekecewaan. Jika perkara tersebut berlaku, maka anggaplah diri anda sudah berusaha sebaik mungkin dan peluang itu mungkin tidak sesuai dengan prospek anda.
Carilah prospek yang baru dan sentiasa yakin rezeki itu ada dimana-mana. Patah tumbuh, hilang berganti. Prospek berkualiti memang sukar dicari.

3 Faktor Utama Kegagalan Bisnes MLM

Any successful entrepreneur will tell you that in order to be successful, you have to want to be successful and have a reason why you want to obtain success.
Setiap usahawan pernah menghadapi kegagalan. Ada yang gagal sekali, kemudian berjaya dalam percubaan kedua. Ada juga yang gagal berkali-kali tetapi masih tidak berputus asa kerana mereka percaya mereka boleh berjaya. Cuma masa masih belum tiba masanya.
Saya juga sama seperti usahawan-usahawan MLM yang lain, melalui liku-liku kegagalan dalam bisnes. Sedarkah kita, apabila kita gagal dalam sesuatu, maka kita lebih cenderung untuk mencari ubat ajaib atau magik bagi menyempurnakan hajat yang kita idamkan?
Sebagai contoh, apabila kita gagal dalam bisnes MLM buat kali pertama, kita akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apa yang menariknya, di sini kita akan lebih teruja untuk mendapatkan sistem-sistem yang kononnya menjanjikan kejayaan dalam sekelip mata.
Antara janji-janji manis yang ditawarkan adalah seperti:
  • Kaedah berkesan untuk menaja 10 orang dalam masa 10 hari
  • Sistem autodownline yang hanya memerlukan anda goyang kaki
  • Dan banyak lagi ‘sales pitch’ yang terlalu hype serta janji-janji kosong
Sepertimana yang anda tahu, terlalu banyak laman web yang mengambil kesempatan terhadap usahawan MLM yang gagal bagi menguntungkan diri mereka menerusi janji-janji kosong ini. Jika dilihat dari perspektif positif, saya akui bahawa golongan ini bijak mengambil kesempatan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasaran mereka.
Bagaimanapun, sudut negatif lebih menonjol apabila laman-laman web tersebut hanya akan terus menipu para si dia yang gagal untuk terus gagal dan terus ketagih mencari magik bagi memperbaiki kegagalan tersebut menjadi kejayaan serta merta.
Persoalannya sekarang… Kita sudah dapat lihat begitu banyak kegagalan dan tipu helah apabila menceburi perniagaan MLM. Adakah masih ada jalan untuk anda berjaya?

Anda Masih Mampu Untuk Kecapi Impian Dengan MLM

Saya tidak akan tabur janji-janji kosong kepada anda tetapi saya masih lagi berpegang kuat dan percaya bahawa masih lagi ada jalan untuk anda kecapi kejayaan. Bagaimanapun, ia memerlukan perubahan secara perlahan-lahan.Apakah perubahan yang saya maksudkan ini?
Mengetahui faktor kegagalan… Kemudian mengubah kegagalan tersebut kepada faktor kejayaan. Konsep ini amat mudah untuk difahami. Jangan takut kerana apa yang perlu anda lakukan ialah betul-betul memahami 3 faktor kegagalan ini, kemudian bertindak segera bagi mengubahnya.

Faktor #1Kegagalan  Berkomunikasi

Ini adalah faktor kegagalan paling ketara yang dapat saya lihat apabila seseorang itu gagal dalam bisnes MLM. Terlalu ramai orang bergantung pada sistem yang disediakan oleh syarikat pengedar.
Bagi mendalami skil komunikasi yang efektif, maka anda perlu belajar bagaimana untuk bercakap dengan prospek anda atau ia lebih dikenali sebagai ‘first hand communication’. Ini juga sering disalah tafsir oleh segelintir usahawan MLM dimana mereka menganggap ‘first hand communication’ berkait rapat dengan ‘cold calls’ dan ‘personal calls’.
Bagi anda yang takut untuk bercakap, maka gunakan kuasa internet iaitu emel. Tahukah anda bahawa kajian di Amerika Syarikat menggunakan pemasaran emel sebagai senjata utama bagi membina hubungan yang baik antara prospek dan penaja?
Menerusi emel, ia membenarkan kita untuk berkomunikasi, berhubung, berkongsi pandangan serta nasihat dan memberikan motivasi tanpa perlu berjumpa dengan mereka.

#2 Peluang Perniagaan Yang Tidak Realistik

Ini bukan sahaja faktor kegagalan usahawan, tetapi ia juga telah memburukkan nama-nama besar syarikat MLM. Dalam zaman kemelesetan ekonomi ini, kebanyakkan syarikat pengedar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan senarai pengedar aktif dalam jangka masa yang singkat bagi menggandakan keuntungan mereka.
Oleh demikian, mereka rela menawarkan peluang-peluang perniagaan yang langsung tidak masuk akal. Salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah syarikat A dimana mereka menawarkan kereta-kereta mewah jika pengedar berjaya mendaftar downline baru dalam jangka masa yang ditetapkan.
Peluang tersebut nampak lumayan, tetapi sedarkah bahawa anda sebenarnya ke landasan hutang yang lebih besar? Bagi si pemula, amat mustahil untuk anda mencapai jumlah pendapatan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Jika anda mampu pun, ia hanya akan bertahan untuk jangka masa beberapa bulan sahaja.
Oleh itu, pastikan anda meneliti semula syarikat yang anda sertai. Adakah peluang perniagaan yang mereka tawarkan realistik dan mampu dikecapi? Atau sekadar tawaran manis semata-mata?

#3 Tiada Matlamat dan Tiada Minat

Setiap kejayaan didorong oleh matlamat yang jelas serta tindakan drastik. Tanyalah sesiapa sahaja yang sudah berjaya dalam perniagaan MLM mereka, sudah tentu mereka akan jelaskan bahawa seseorang itu hanya akan berjaya jika mereka tahu ‘Mengapa’ mereka harus berjaya.
Menceburkan diri dalam bisnes ini tidak hanya berkait pada kemewahan material semata-mata. Bagi saya, setiap orang mahukan masa mereka sendiri supaya mereka boleh lakukan apa yang mereka suka dan boleh lakukan dimana-mana sahaja tanpa perlu risau tentang kerja.
Saya sentiasa mahu berjaya dalam apa jua yang saya lakukan termasuk bisnes MLM. Dalam masa yang sama, saya tidak mahu risau tentang masalah wang dan masa. Kerana kita sepatutnya tidak perlu menjadi hamba duit.

Kesimpulannya…

Untuk berjaya dalam bisnes MLM serta berjaya dalam hidup, anda perlu hargai apa yang anda lakukan hari ini dan cuba untuk seronok melakukannya. Apabila anda mempunyai keghairahan untuk berbisnes, maka kegagalan bukanlah penghalang.
Sentiasa ingat bahawa perniagaan MLM adalah perniagaan jangka masa panjang. Oleh itu, binalah hubungan yang baik dalam kumpulan anda. Jangan sesekali mementingkan diri sendiri. Cubalah yang terbaik untuk membantu kumpulan anda untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Kenapa Perlu Bermula Dengan Multilevel Marketing?

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum suatu kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Q.S. Ar-Rad 11)
Di zaman ekonomi yang semakin menggugat masyarakat tempatan untuk memperbaiki gaya hidup mereka, terdapat pelbagai peluang terutamanya dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, tidak semua perniagaan mampu kita jalankan.
Ini berikutan terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian sebelum kita memulakan perniagaan. Sebagai contoh, modal yang diperlukan, risiko yang perlu diambil, jumlah margin keuntungan dan pelbagai lagi.
Tetapi tidak semua perniagaan memerlukan kita mengambil risiko dan mengeluarkan modal yang tinggi. Baru-baru ini, kebanyakkan mereka yang berjaya mengubah kehidupan menjadi lebih baik adalah menerusi dua jenis perniagaan iaitu:

  • Perniagaan internet
  • Perniagaan MLM
Dalam entri ini kita akan berkongsi mengenai perniagaan MLM kerana ini merupakan topik yang akan diterbitkan sentiasa dalam blog ini kerana matlamat kami adalah mendidik kita semua supaya memahami potensi perniagaan MLM.Jadi, apa yang begitu menarik mengenai perniagaan ini?

Tidak Perlu Berhutang / Melakukan Pinjaman

Dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk melanda di negara kita ini, membuat pinjaman untuk membuka bisnes adalah satu perbuatan yang berisiko tinggi. Sebagai contoh, jika kita mahu memulakan bisnes konvensional, ia sekurang-kurangnya memerlukan RM10,000 untuk bermula.
Ada juga yang berpendapat bahawa kos untuk bermula lebih daripada RM10,000.
Menerusi perniagaan MLM atau network marketing, kita tidak perlu mengeluarkan modal sebanyak itu. Cukuplah dengan yuran pendaftaran pengedar yang hanya memerlukan kurang daripada RM100.

Modal Permulaan Rendah

Salah seorang rakan saya pernah memberitahu saya bahawa beliau pernah menyertai perniagaan MLM yang memerlukan modal lebih daripada RM1,000 untuk bermula.
Berdasarkan pengalaman saya, modal perniagaan MLM adalah wang bagi mendaftarkan diri sebagai pengedar. Melainkan jika kita mempunyai niat untuk membeli produk MLM secara pukal untuk bermula, maka modalnya adalah berbeza.
Bagaimanapun, para upline tidak boleh memaksa kita untuk mengeluarkan modal bagi mendapatkan produk. Ia bergantung pada kemampuan kita sendiri.

Tidak Perlukan Pekerja

Dalam perniagaan MLM, kita hanya perlukan dua konsep mudah untuk mengembangkan perniagaan iaitu:
  • Menaja
  • Duplikasi
Tidak seperti mana-mana perniagaan (termasuk perniagaan internet) dimana kita memerlukan sejumlah pekerja bagi melaksanakan tugasan untuk mengautomasikan perniagaan. Dalam perniagaan MLM, kita tidak perlukan pekerja.Cukuplah sekadar kita bekerja untuk diri sendiri.

Memaksimakan Bisnes Menerusi Kuasa Internet

Kesilapan orang ramai yang mahu menceburi perniagaan MLM kerana mereka berpendapat bahawa proses menaja adalah sukar. Pendapat ini kurang tepat. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya kuasa internet.
Menerusi internet, penajaan menjadi lebih mudah kerana kita boleh berjumpa dengan audien atau prosepek dengan lebih meluas tanpa perlu keluar rumah.
Proses membina jenama juga semakin mudah dengan wujudnya medium-medium 2.0 seperti Facebook dan blog. Sebagai contoh, laman web hrgroup mengambil kesempatan untuk memaksimakan prospek menerusi blog.
Dengan blog, kami berusaha untuk membina jenama… Seterusnya menjadikan blog ini sebagai platfom pendidikan dan meningkatkan kepercayaan prospek untuk menyertai pasukan ini.

Usaha Adalah Segala-galanya

Walaupun perniagaan MLM ini banyak kelebihannya, namun segalanya tidaklah indah seperti yang kita gambarkan. Kita sebagai seorang manusia perlu berusaha sebaik mungkin untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum suatu kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Q.S. Ar-Rad 11)

Biar Lambat Berjaya, Asalkan Betul Asasnya

Dr Ridha, salah seorang pengedar syarikat Multilevel Marketing menyatakan, kebanyakkan individu yang kurang berjaya dalam perniagaan ini, adalah kerana tidak mempunyai asas perniagaan yang betul.
Asas perniagaan yang beliau maksudkan bermula daripada mindset. Jika mindset kita adalah mindset seorang yang gagal, maka tidak mustahil kita akan terus gagal.
Apabila seseorang itu terlampau gilakan kekayaan dunia, atau mahu buat bisnes kerana terpengaruh dengan unsur-unsur material (kereta besar, wang banyak) semata-mata, maka golongan ini juga akan terus gagal dari perniagaan Multilevel Marketing.

Bisnes MLM Bukan Skim Cepat Kaya

Para pengedar atasan (upline), perlu sedar bahawa kita bukan menjalankan bisnes yang boleh menjadikan kita kaya raya, dalam sekelip mata.
Burke Hedges, menganggap perniagaan MLM bukan sejenis perniagaan SCAM atau lombong emas segera. Beliau menyatakan bahawa, bisnes ini adalah sama seperti bisnes-bisnes konvensional lain.
Apa yang membezakannya adalah, strategi pemasaran dan juga kaedah-kaedah bagi membangunkan bisnes.

Betulkan Mindset, Sebelum Daftar Jadi Pengedar

Bagi yang ingin memulakan bisnes MLM hari ini, kita disarankan agar tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis seperti:
  • Kereta mewah dalam masa 1 bulan atau kurang
  • Jadi jutawan tanpa perlu borak apa-apa
  • Tidak perlu menjual, tidak perlu menaja
Itu semua adalah helah si penipu, bagi mempengaruhi kita untuk merasakan bahawa bisnes MLM itu terlalu mudah. Hakikatnya, hanya  3% sahaja barisan pengedar yang berjaya dalam syarikat pengedar mereka.
Oleh itu, kita dinasihatkan supaya betulkan mindset terlebih dahulu, yakni bisnes MLM perlukan usaha dan istiqamah, sebelum mendaftar menjadi pengedar.